Friday, August 7, 2009

Mesyuarat Agung Pertama Kelab Rekreasi Keluarga Bidin




Seperti yang telah dijanjikan, sebahagian besar ahli keluarga telah dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pertama Kelab Rekreasi Keluarga Bidin yang telah diadakan pada 01/08/2009 (Sabtu) di rumah pusaka di Kg Mantin Dalam.

Walaupun tanpa kehadiran Along serta Kak Lang & keluarga, mesyuarat tetap dijalankan meskipun agak lewat dimulakan kerana menunggu kehadiran Pengerusi Sementara iaitu YB Razali @ Apak Itam. Maklumlah namapun YB..byk jemputan yang perlu dihadiri.

Agenda Mesyuarat :-

1) Kata-kata Aluan Dan Ucapan Dari Pengerusi Sementara
2) Penyerahan Borang & Yuran Keahlian
3) Perlantikan Pengerusi, Timb Pengerusi, Bendahari, Setiausaha & AJK
4) Aktiviti Kelab
5) Lain-lain usul
6) Penangguhan Mesyuarat
1) Kata-kata Aluan Dan Ucapan Dari Pengerusi Sementara

YB @ Apak Itam telah mengucapkan penghargaan setinggi terimakasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh keluarga untuk melantik beliau sebagai Pengerusi Sementara dan kesabaran keluarga menunggu kelewatannya menghadirkan diri ke mesyuarat ini.

2) Penyerahan Borang & Yuran Keahlian

Alhamdulillah, Kelab telah mendapat sokongan penuh dari ahli keluarga semua dengan jumlah penyertaan / penyerahan borang keahlian adalah sebanyak 8 iaitu dari induk Keluarga Bidin dan 4 dari cucu-cucu arwah Bidin. Jumlah kutipan terkumpul adalah sebanyak RM600 dan diharap jumlah ini akan bertambah dengan adanya penyertaan dari cucu-cucit arwah yang lain.

Atas persetujuan semua, setiap ahli yg berdaftar akan membuat sumbangan sebanyak RM50 setiap bulan bagi setiap keluarga dan akan dijadikan sebagai tabung Kelab Rekreasi Keluarga Bidin. Dengan adanya tabung ini, diharap Kelab akan dapat berfungsi untuk menganjurkan segala aktiviti dalam memastikan ikatan kekeluargaan bertambah erat. Insyaallah.

3) Perlantikan Pengerusi, Timb Pengerusi, Bendahari, Setiausa & AJK

Ahli dengan sebulat suara, telah melantik :-

a) Pengerusi - Raduan Bin Bidin @ Ateh Duan
b) Timb Pengerusi - YB Razali @ Apak Itam
c) Setiausaha - Samad Bin Bidin @ Apak Samad
d) Bendahari - Hairizan @ Izan

4) Aktiviti Kelab
Untuk aktiviti pertama, sempena mengambil keberkatan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, ahli telah bersetuju untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa/Tahlil Arwah/Solat Tarawih buat semua ahli Kelab.
Majlis insyaallah akan diadakan pada 15 Ramadan bersamaan dengan 05/09/2009 (Sabtu) bertempat di rumah arwah di Kg Mantin Dalam. Diharap semua ahli dapat menghadirkan diri untuk majlis ini.

5) Lain-lain usul

a) Setiausaha @ Apak Samad telah meminta semua ahli memberi nombor talipon terkini untuk dikemaskini supaya mudah untuk dihubungi.
b) Ahli bersetuju untuk mengadakan perjumpaan bulanan pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

6) Penangguhan Mesyuarat
Atas persetujuan semua mesyuarat ditangguhkan pada 05/09/2009.

No comments:

Post a Comment