Saturday, August 8, 2009

Bakal Ahli Berdaftar....

Sebahagian daripada bakal-bakal ahli berdaftar Kelab Rekreasi Keluarga Bidin.....

Maaf...

Maaf...bayaran yuran keahlian adalah secara TUNAI...!!! Kad ATM tidak diterima pakai...!!!

Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengerusi sibuk memeriksa borang keahlian. Bendahari pun turut membantu..mereka adalah diantara tulang belakang @ orang kuat Kelab Rekreasi Keluarga Bidin. Terima kasih kepada semua..!!!

Kita Juga....

"Ellooo...Jangan tinggal kan Induk...keluarga Induk pun nak joint jugak tau..ni hah yuran nya..."

Nadia hanya mampu tersenyum dengan gelagat ibunya...Terima kasih kepada Induk Rosiah dan keluarga.

Penyerahan Borang & Yuran Keahlian

Angah Tijot menyerahkan borang keahlian kepada Timb Pengerusi merangkap adik ipar dan Bendahari Kelab merangkap menantu...Ibu tunggal tetap memberi sokongan...Terima kasih Angah...!!!
Induk Shima tidak ketinggalan menyerahkan borang dan yuran keahlian bagi pihak keluarganya...Terima kasih daun keladi..jangan lupa berkempen lagi...!!!

Tahniah.....!!!!!!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih diatas sokongan padu 100% keluarga Angah Tijot dalam usaha mereliasasikan Kelab Keluarga Bidin...Keluarga Angah Tijot merupakan penyertaaan keluarga terbesar menyertai Kelab ini dimana selain Angah Tijot, anak-anaknya seramai 3 orang telah turut serta menjadi ahli berdaftar.

Bravo untuk Angah Tijot & Anak-anak...!!!!!

Penyerahan borang dan yuran keahlian dari Keluarga Atum & Izan
Penyerahan Borang dan yuran keahlian dari Keluarga Zahar & Mimi
Jejet dan Diana tidak ketinggalan memberi sokongan kepada ibunya untuk turut menjadi ahli berdaftar.
Terimakasih kepada semua....

Apa halnya tu...Serius nampak...

"Induk akan pastikan Kelab kita mendapat sokongan dari anak-anak buah semua termasuk anak-anak Induk dengan menjadi ahli berdaftar...baru Kelab kita akan menjadi lebih pro-aktif..." mungkin itukan yang cuba disampaikan oleh isteri Tuan Pengerusi kita tu...


Fairuz tekun mendengar pesanan yang cuba disampaikan oleh ibunya.

Apa lagi Fairuz jom la join jadi ahli Kelab...bila lagi....???tak yah la tunggu lama-lama...untuk kesenangan bersama juga...

Perbincangan Ibu & Anak

Apalah yang dibincangkan orang 2 beranak ni...mungkin inikah diantara topik perbualannya...???

"Ain dah kojo...baik Ain join Kelab ni...esok-esok kita dapat gak faedahnya....omak ni wakil untuk ahli yang tak berkojo jor...kito mesti sokong keluargo kito..."

Sokongan Padu Keluarga Malani


Sokongan Padu diberikan dari Keluarga Malani untuk mereliasikan Kelab Rekreasi Keluarga Bidin. Terimakasih Malani.....!!!

Sabar Menanti....






Wajah-wajah boring tapi tetap sabar menanti kedatangan YB Razali merangkap Pengerusi Sementara...

Friday, August 7, 2009

Mesyuarat Agung Pertama Kelab Rekreasi Keluarga Bidin




Seperti yang telah dijanjikan, sebahagian besar ahli keluarga telah dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Pertama Kelab Rekreasi Keluarga Bidin yang telah diadakan pada 01/08/2009 (Sabtu) di rumah pusaka di Kg Mantin Dalam.

Walaupun tanpa kehadiran Along serta Kak Lang & keluarga, mesyuarat tetap dijalankan meskipun agak lewat dimulakan kerana menunggu kehadiran Pengerusi Sementara iaitu YB Razali @ Apak Itam. Maklumlah namapun YB..byk jemputan yang perlu dihadiri.

Agenda Mesyuarat :-

1) Kata-kata Aluan Dan Ucapan Dari Pengerusi Sementara
2) Penyerahan Borang & Yuran Keahlian
3) Perlantikan Pengerusi, Timb Pengerusi, Bendahari, Setiausaha & AJK
4) Aktiviti Kelab
5) Lain-lain usul
6) Penangguhan Mesyuarat
1) Kata-kata Aluan Dan Ucapan Dari Pengerusi Sementara

YB @ Apak Itam telah mengucapkan penghargaan setinggi terimakasih diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh keluarga untuk melantik beliau sebagai Pengerusi Sementara dan kesabaran keluarga menunggu kelewatannya menghadirkan diri ke mesyuarat ini.

2) Penyerahan Borang & Yuran Keahlian

Alhamdulillah, Kelab telah mendapat sokongan penuh dari ahli keluarga semua dengan jumlah penyertaan / penyerahan borang keahlian adalah sebanyak 8 iaitu dari induk Keluarga Bidin dan 4 dari cucu-cucu arwah Bidin. Jumlah kutipan terkumpul adalah sebanyak RM600 dan diharap jumlah ini akan bertambah dengan adanya penyertaan dari cucu-cucit arwah yang lain.

Atas persetujuan semua, setiap ahli yg berdaftar akan membuat sumbangan sebanyak RM50 setiap bulan bagi setiap keluarga dan akan dijadikan sebagai tabung Kelab Rekreasi Keluarga Bidin. Dengan adanya tabung ini, diharap Kelab akan dapat berfungsi untuk menganjurkan segala aktiviti dalam memastikan ikatan kekeluargaan bertambah erat. Insyaallah.

3) Perlantikan Pengerusi, Timb Pengerusi, Bendahari, Setiausa & AJK

Ahli dengan sebulat suara, telah melantik :-

a) Pengerusi - Raduan Bin Bidin @ Ateh Duan
b) Timb Pengerusi - YB Razali @ Apak Itam
c) Setiausaha - Samad Bin Bidin @ Apak Samad
d) Bendahari - Hairizan @ Izan

4) Aktiviti Kelab
Untuk aktiviti pertama, sempena mengambil keberkatan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, ahli telah bersetuju untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa/Tahlil Arwah/Solat Tarawih buat semua ahli Kelab.
Majlis insyaallah akan diadakan pada 15 Ramadan bersamaan dengan 05/09/2009 (Sabtu) bertempat di rumah arwah di Kg Mantin Dalam. Diharap semua ahli dapat menghadirkan diri untuk majlis ini.

5) Lain-lain usul

a) Setiausaha @ Apak Samad telah meminta semua ahli memberi nombor talipon terkini untuk dikemaskini supaya mudah untuk dihubungi.
b) Ahli bersetuju untuk mengadakan perjumpaan bulanan pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

6) Penangguhan Mesyuarat
Atas persetujuan semua mesyuarat ditangguhkan pada 05/09/2009.