Monday, July 13, 2009

Lihatlah Keindahan Kampungku...




Saat indah menghabiskan zaman kanak-kanak di Kg Mantin Dalam...sungai yang semakin kecil dan cetek tetap menjadi daya penarik cucu-cicit Tok Bidin & Uwan Gedek untuk balik ke kampung....

Sensorrrr...To Anak-anak Samad : Where're your swimming suit

Menanti Giliran...Cucu-cucu Manis Tok Bidin


Jodoh siapa yang datang dulu...??? Jangan salah pandang atau tersalah pilih yaaa...ibu-ibunya sama cun dengan anak-anak gadis nya...

Ni baru sebahagian....ada lagiii...tungguuu di posting akan datang...akan dipaparkan cucu & cicit Tok Bidin yang manis-manis belaka..

Next To Be Your Turn...Ain


Siapakah gerangan jejaka bertuah di dalam hati gadis desa ini...cehhhhwahhh....

Di Belakang Tabir Perkahwinan Jejet & Diana






Bagi pihak pengantin, ribuan terimakasih tak terhingga kepada semua ahli Keluarga Bidin yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

Yang berat sama dipikul...yang ringan sama di jinjing...

Bertemu Jodohnya @ Sehati & Sejiwa




Pasangan sehati sejiwa sebagaimana lagu dendangan mereka pada hari penuh bersejarah "JANGAN PISAHKAN" Jejet & Diana....

"JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA...TUHAN TOLONGLAH KU CINTA DIA...BIARKAN KAMI TETAP BERSAMA...DI DALAM SUKA DAN DUKA..."

Begitulah juga harapan kami ahli Keluarga Bidin..."BIARKAN KAMI TETAP BERSAMA DIDALAM SUKA DAN DUKA..."

Selamat Datang Warga Baru.....





Jun 2009...Selamat menyertai Keluarga Bidin di ucapkan kepada ahli baru kita..DIANA RAFIE yang telah melangsungkan perkahwinan bersama salah seorang ahli Keluarga Bidin iaitu EZHAZIZI BIN ADNAN @ JEJET.

Semoga jodoh kalian berkekalan sehingga ke hujung nyawa dan dilimpahi segala rahmat Allah swt...Amin

Dalam Kenangan..





Kenangan indah bersama arwah Ibu / Uwan / Nyang tersayang...
Lihatlah kemeriahan suasana raya semasa adanya arwah.

Berkumpul beramai-ramai di pagi raya. Anak menantu, cucu dan cicit ....gelak ketawa bersama-sama...semoga suasana ini akan berulang dan berpanjangan....InsyaAllah...Amin.

Belangkasuwa



Al-fatihah....Buat Ibu / Uwan / Nyang tersayang....

GEDEK BINTI BUYONG

Telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2007.
Semoga roh arwah sentiasa di rahmati Allah swt dan ditempatkan dengan para solehin.

Amin

Sunday, July 12, 2009

Musim Durian Tak Habis Lagi..






Lagi aktiviti di dlm dusun....semoga aktiviti yg lebih sempurna akan dapat kita adakan di musim dan lokasi yang lain dan yang lebih menarik berkat persetujuan semua.

"Bersatu kita teguh...."

Hero Kodat

Tanpa usaha dan kerjasama Ayoy, mungkin perkhemahan 2009 tidak akan jadi kenyataan...thanks to Ayoy

Musim Durian 2009







Kenangan indah buat ahli keluarga.....ibu-ibu, bapak-bapak dan anak-anak tersenyum riang didalam kegelapan malam.....

Sejarah Bermula





























Permulaan pertama untuk Keluarga Bidin...maka dihasilkan laman blog "KELUARGA BIDIN" untuk kita semua berkongsi maklumat untuk semua ahli terutama yang jauh dimata tapi masih dekat dihati...komen dari ahli semua adalah sangat dialu-alukan.

Julai 2009, sempena musim durian, alhamdulillah dengan berkat rezeki Allah swt berikan, maka satu sejarah bermula di zaman millenium ini dimana kami adik beradik berserta anak-anak buah, berkhemah di kebun durian yg dulunya hutan belantara.......tapi berkat usaha Ayoy menjaga dan membersihkan kawasan....terimakasih tak terhingga pada Ayoy yg bertungkus lumus menerangkan dusun setiap tahun untuk kesenangan mak-mak saudara memungut buah durian......

Motif utama adalah perbincangan awal untuk menubuhkan satu persatuan keluarga untuk mengukuhkan lagi tali persaudaraan yang memang telah erat terjalin sekian lama...semoga semangat kekeluargaan kita akan berterusan sehingga generasi seterusnya....InsyaAllah...Amin...

Bertemu kita di Mesyuarat Keluarga yang seterusnya...maklumat akan diberikan...